WELCOME TO BLOG MAK BAPAK KAU HIJAU :)

Wednesday 31 May 2017

Anak Perantau Berpuasa

Assalamualaikum 😊

tengok tajuk pun dah sedih kan? well tahun ni first time berpuasa di negeri orang, tak dapat nak berpuasa dengan family 😔 sedih yaa memang sedih. sebelum ni aku laa yg tolong mama beli makanan, tolong masak kat dapur, masak makanan untuk sahur sama-sama. maklumlah anak perempuan sorang jer kan? so memang kami berdua lah yg bertungkus lumus siapkan juadah untuk ahli keluarga yg lain.
tapi tahun ni aku terpaksa sambut jauh dari keluarga sebab cuti semester start lepas raya. so pengalaman yg baru jugak untuk aku sebenarnya sebab tinggal dua semester je lagi nak habiskan study. 
dan memandangkan kali ni aku busy dengan Final Year Project aku jugak, aku hanya dapat balik beraya jer nanti. well doakan FYP aku tu berjalan lancar guys. lepas jer present nanti aku rasa macam lepas satu beban yg dok pikul selama 6 bulan ni. memang takut weyh kalau tak lepas. maklumlah kos animation ni susah sikit. semua benda kita kena buat sendiri. bukan main copy paste jer. lepastu pulak bidang animasi ni selalunya dikritik oleh orang2 seni. otak diorang ni lain macam sikit. soalan bodoh pun boleh buat kita fail 😥
benda yg aku paling takut sekali nak cari tiket bas nanti. hahaha kalau tak jumpa merana lah aku raya kat sini sorang2. kadang aku terpikir jugak, macam mana lah kan nak perantau yg dok luar negara tu? mesti diorang lagi sedih kan? ye lah, jgn kata nak sambut puasa, balik raya pun tak boleh. aku yg tak dapat balik puasa pun menangis. inikan pulak diorang tu. 
okay lah sikit ja coretan malam-malam ni. have a good night semua 💕

Thursday 25 May 2017

GIVE AWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Assalamualaikum 😊

Hai. tibalah masa aku pulak nak buat giveaway haha asyik join yang orang jer. okay marilah sama2 kita meriahkan giveaway ni. hadiahnyaa misteri you alls mana boleh cakap. kena join dululah yerr
okay syarat-syarat dia mudah saja follow kat bawah ni 👇

1. Follow blog makbapakkauhijau
2. Follow ig :
3. Buat satu entry bertajuk 'GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU' dan link kan ke sini
4. Tinggalkan komen di bawah serta link di blog awak
5. Pemenang akan dipilih secara random

Semoga Berjaya

Saturday 20 May 2017

Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih

As-Salam


Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih di sponser oleh Emas Putih , Jimat Melancong Miamorzafirah , Saya Iday Mastura , Ryyhan , Uyul Rosli , Homestay Murah Melaka , Wawa Ashihara , Izzat Nazmi , Maisarah , Iuzira , Alepz , The Ruka , Dayang Deno , Hke Source , Ainy Zain , Shahera Perfume , Jiwarosak , Alepz , DiaHoney Lima Waktu

Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih | Salam. Alhamdulillah terima kasih kepada sponser-sponser yang telah memberi kepercayaan kepada uzu untuk menjalankan Giveaway ni setelah sekian lamanya uzu berehat dari buat Givaway ..Dah lama sangat tinggal kan dunia giveaway. Haa maafkan uzu atas kelewatan.. Sepatutnya dah start lama dah tapi hm hm ada problem sikit . So uzu dipetang Ahad ni nak ambik kesempatan nak buat cecepat Giveaway ni eh.. Kesian korang tertunggu-tunggu..

Hadiah
Cash RM 50 x 20 Pemenang 
Start
8 May 2017 - 8 June 2017

MEMORIES CREATED

Assalamualaikum. baru ada masa sikit nk update blog ni. btw nak cerita pasal cuti mid sem baru2 ni. so aku sebenarnya dah lama teringin nak p 'island hopping' kat langkawi tu sebab dalam banyak2 yg tu aku belum sempat p walaupun dekat je. haha 

so aku p 3 hari 2 malam. kereta ada sponsor so jimat duit sikit. hehe. aku stay hotel dekat pekan kuah je dekat kalau nak naik feri nanti. okay so kitorang book bot pukul 9.30 then pagi2 dah bangun sebab takut lewat. jauh jugak naiknyee sampai Cenang nuh. okay dan sampai aku ingatkan time bukan cuti ni tak ramai rupanya lebih kurang je. haha tapi takdelah crowded sangat. 



 okay this is morning view kat tempat tunggu bot tu. lawa serius lawa. aku tak pandai nak snap so mana sempat jelah. haha

dua-dua dah hitam padahal baru sangat kot sampai. so hakak kena baiki muka lah bila balik nanti 
 okay lepas semua penumpang dah sampai, baru bot boleh gerak. and tempat first kitorang sampai, Pulau Beras Basah. air laut sumpah cantik weh. takyah pergi sampai Sipadan. sini pun lebih kurang je. jenih nampak habis dalam2 tu. haha 
aku jenis suka main tempat dalam tapi Jat tak bagi. bising dia aku p jauh2 macam lah takdak orang kat tempat jauh tuu. last2 dia naik awal sebab panas dia kata. then air tu macam melekit2 kan
 brother sister ni weh. aku bawak dia sebab cuti sem lama sangat budak nii. mula2 Ya Allah malasnak ikut. nak dok rumah je kerja. last2 mama bising baru lah dia setuju nak ikut. 
so impian budak tu nak bawak aku datang sini dah tercapai. last kitorang travel jauh pergi Melaka je. tu pun dua tahun lepas. senyum sepanjang masa dia waktu ni. mengada
 okay lepas 1 jam kat pulau tu, diorang bawak pergi 'eagle feeding' tempat untuk bagi helang makan. berhenti bot macam ni je lepastu tengok lah helang tu kutip makanan dekat permukaan air
laju siakk diorang ni nak snap pun tak sempatt
okay lepas tuu terus p 'Tasik Dayang Bunting' last aku p Langkawi lalu jaa kot tasik tu. skrg dah boleh mandi dah kat sana. gambar tak banyak sebab kejar masa. nak masuk sini soran RM 3 kalau ada Mykad and kalau orang Langkwi free you alls 
ptg tu kitorang lepak pantai Cenang walaupun letihnya Ya Allah sahaja yang tauu. sebab takmau rugi punya pasal, sanggup jaa

💞
 okay hari last kat Langkawi. sobs
jat ajak naik cable car ni. pagi tu otw nakp hujan lebat. dalam hati ni dah sedih dah takut tak boleh naik naik sebab hujan lebat gila. Alhamdulilah sampai sana hujan dah stop, cuma kabus sikit jaa. dapat jugak lah naik
nakp mana tu bang 😜
waktu tangkap tak rasa gayat. bila tengok balik boleh tahan laaa 😅

thank you sayang untuk cuti kali ni. macam you cakap, kita cipta lagi kenangan lepas Melaka haritu. next?